Followers

Tuesday, March 4, 2014

Rumah sewa VS Rumah sindrik

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabtu malam baru ni tuan rumah sewa ni ada kol hb..
Katanya nak jual rumah yang kami sedang sewa ni..
Bermula malam tu setiap hari adalah hari yang agak stress. Manakan tidak..kat Setiu ni memang susah sangat nak dapatkan rumah sewa.
Mula la telefon merata..Nak cari rumah..Mak oi..RM450 kat Setiu ni..mahal kot kan. Fikir punya fikir..
Kan lagi baik terus beli rumah dan tak perlu bazirkan duit bulan-bulan untuk bayar sewa.
Nak beli pun satu hal jugak..kena tengok tempat strategik dan yang pasti tak jauh dari tempat kerja.
Bukan apa..kalau jauh sangat nanti anak-anak pun berkemungkinan akan duduk jauh jugak.
Zaman sekarang ni mana boleh jauh-jauh sangat dengan anak. Kalau boleh kat celah ketiak nak kepit je. RISAU..
PAstu ada tanya kat satu kawasan yang bakal membina beberapa lot rumah. Memang rumah luas + murah jugak..
Tapi..bila fikir balik memang agak jauh dari pejabat. Bukan masalah nak ulang alik pejabat ke rumah tapi masalah anak..
Tak mau la kalau dapat rumah besar tapi anak-anak tak berapa terjaga.
Banyak faktor sebenarnya nak kena fikir:
1) Anak sekolah nanti..kalau nak sekolah jauh dari Umi dan Abah sape nak hantar dan ambik. Kalau ada kelas tambahan sape nak hantar dan ambil. NAik basikal?  No..NO..No..Zaman sekarang bukan macam zaman dulu..
2) Kalau bawa anak sekolah dekat2 dengan Umi Abah..Waktu tengah ari mana nak letak.Anak nak rehat kat mna.Kecik2 boleh la hantar pengasuh..Dah besar?
3) KEsimpulannya..cari dekat2 sini..tapi still x jumpa.

Tak pela..Doa bebanyak yup!

No comments:

Post a Comment