Monday, January 27, 2014

Kepok Lekor..

Assalamualaikum..
wah..malam2 ni rajin pulak nak taip..
Mana taknye..umi ngah ngadap kopok lekor beli petang tadi masa pergi siasat kes..
Nak tidur baru teringat makanan..Apakah?
Umi bukan orang Terengganu tapi dah ditakdirkan menjadi sebahagian keluarga Terengganu..So kena survive la..(Survive bab makan..hehe..)
Kena la cari port makan yang best2..Actually kat Setiu tak banyak jugak tempat makan yang agak best untuk dicadangkan tapi tetap ada la yang meruntun jiwa ni..eh..nafsu ni untuk makan.
Straight to the point..just nak kongsi port kopok lekor yang best kat Setiu ni..
Kedai ni dekat Merang. Jalan pantai dari Besut nak ke Kuala Terengganu.
Ala..Nama kedai tak berapa nak ingat plak sebab selalu cuma sebut kedai kopok lekor Merang je.
Kopok dia memang sedap..Sos pon sedap..Pendek kate pakej sedap la..
Orang sini biasa makan yang rebus panas-panas tu. umi tak berapa nak lalu. sikit2 boleh try..
Tapi kalau goreng letaklah bape banyak pon insyaAllah selamat la dalam perut ni..
Nanti umi snap gambar dan sape2 yang datang Setiu nak try bolehlah.
Kalau dari Besut ni kedai dia belah kiri..tak jauh dah dengan Petronas Merang..Senang je cari sebab tiap kali lalu kete mesti bersusun..
So..jom makan sebelum tidur..(tak baik untuk kesihatan..malam ni je....)
:)

Sunday, January 26, 2014

Sedih kot..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. masih ada sedikit masa nak mengupdate entri hari ni.
Ceritanya adalah cerita semalam..
Baru-baru ni umi ada order baju budak (Bangladesh mali). Tapi dengan suplier lain. Konon-konon nak tambah la sumber lain. Nak dijadikan cerita selepas 2 minggu barang baru sampai sebab pakai pos biasa je(memang tau akan lambat pun).
Yang tak bestnye bila tengok apa yang sampai sedih jugakla. Memang cakap kat suplier tu pilihlah sendiri mana-mana tp cari la yang comey2. Sebab memang tak dapat nak pergi ambik sendiri kat KL.
So, percaya la pada di 100%. Dia peniaga dan saya pun peniaga. Mesti kita akan buat yang terbaik buat pelanggan.
Tapi....sedihnya yang sampai banyak yang sangat teruk. (Macam kain buruk pun boleh cakap)
Ni first time umi beli online yang sampainya cmni.. sangat2 hampa+frust+sedih sangat.Bukan sikit.
Nilah pengajaran pada umi. Jangan terlalu percayakan orang. Selalunya, proses jual beli online ok tak pernah x puas ati macam ni.
Takpela..nak buat macam mana...REDHA..(tapi sikit je la nak ngadu..)
Malas nak snap gambar..
Bye..

Saturday, January 25, 2014

Sedih..

Assalamualaikum..

Pagi ni  jenguk2 fb..cerita pasal seorang wanita yang bermimpikan Nabi Muhammad SAW..
Indahnya kan..
Menitik air mata baca cerita beliau..Tiba-tiba rasa terlalu hina dan jauh sangat untuk mencapainya.
Rasulullah tak pernah lupa akan umatnya..
Kita kat dunia ni berapa kali dalam sehari ingat pada baginda.
Jom kita perbaiki diri.. InsyaAllah.

Sunday, January 19, 2014

Kerja..

Bismillahirrahmanirrahim..

Umi nak cite skit pasal umi dolu2..Jom refresh balik buat tatapan anak-anak umi nanti.

Kerja umi adalah seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Sama macam abah. Umi dengan abah mula bekerja pada penghujung 2009. 23 November 2009. Pada masa tu, Umi ditugaskan ke PKD Kuala Kangsar dan abah pulak PKD Setiu. Masa tu umi dan abah sudah 'terikat'. Kiranya kerja dalam 6 bulan pastu terus kawen.
Kami punya love story tak lama. Sempat bercinta dalam lebih kurang 6 bulan dengan cinta jarak jauh. Gigih sangat kan. Haha..Dan akhirnya dijodohkan tanggal 6 Jun 2010. Masa ni umi & abah masih meneruskan PJJ ni lagi. Sampailah mengandungkan Adam umi masih rasa kuat nak tinggal sorang-sorang kat Kuale tu. Bajet nak jadi iron lady. Malangnya, sejak mengandungkan Adam dah beberapa kali umi terpaksa berulangalik ke spital. Umi duduk sorang saje dulu sebab senang kalau abah atau tok dan wan nak datang.
Lastly, umi ambil keputusan nak pindah ikut abah jugak bile satu hari dalam pukul 2 @ 3 pagi umi terpaksa ke spital sebab sesak nafas. Terpaksa pulak kacau kawan2 umi pagi2 tu nak bawa umi gi spital. Untuk tak nak susahkan org lagi umi pun ambik keputusan terus isi borang tukar.
Nak jadikan cite kejap je isi borang dalam sebulan dah dapat perkhabaran. Allah SWT mudahkan semuanya. Masa tu Adam dah 7 bulan. Kire lama jugaklah umi jadik iron lady tu kan.
Masuk bulan Jan 2011 umi pon bertukar la ke pejabat baru. Duduk berdua dengan abah kat teratak kita sekarang ni. Walaupun x besar mana tp syukurlah ada juga rumah kan. Oh ya..duduk kat Setiu pun umi asyik kena tahan kat wad tau. Banyak kali jugak la. cabaran anak sulung. Tapi yang umi sedar, sebab banyak cabaran yang umi kena hadap masa ngandungkan Adam jadikan umi kuat sikit. Tak la sikit2 nak nangis. Haha.
Masa 9 bulan kandungan, umi ngan abah hampir-hampir nak pindah rumah. Tak jauh pun dari rumah sekarang. Bajet rumah tu lebih seleaa. Tak tengok dulu terus pulun kemas rumah lama. Simpan barang dalam kotak. ANgkat tu angkat ni. Tup tup bila time nak basuh rumah...la..rumah tu lagi teruk dari rumah sekarang. Last2 dok jela kat umah ni. Ponat den..
So..tarikh 24 April 2011 Adam pun kuar..Entri lain pulak umi cite proses tu..Haha..
Ok.Ok.skenye refresh sejarah lama..
Hah..sambung nanti pulak..


Baru nak berkenalan

Bismillahirrahmanirrahim

Kehadiran blog ini adalah sekadar coretan diari kehidupan umi. Nak cerita apa sahaja tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan umi dengan suami, dengan anak-anak, dengan kerja, dengan bisnes dan mungkin kalau rajin boleh pula diselit tips atau apa sahaja yang boleh menjadi rujukan kelak.
Kalau anak-anak umi dah besar boleh tengok-tengok blog umi dan tahu perjalanan hidup kita.


Kemas-kemas

Assalamualaikum..

Malam ni jenguk sekejap blog yang lebih dari bersawang ni. Memang betul susah nak tumpu dua tiga perkara dalam satu masa.
Sekarang ni menemani Adam tengok Tom and Jerry. Mula-mula Pudin yang meneman, last2 tidur dah. Kesiankan Adam umi pun terpaksa ngadap kartun jugak. So sambil2 leh update skit blog ni.
Tadi lepas maghrib kemas-kemas sikit almari baju Adam dan Zara. Ai..banyak pulak baju anak-anak umi ni. Baru2 ni masa banjir kat Kemaman n Kuantan dah derma banyak jugak baju tapi tak sangka masih banyak baju. Buat2 lupe plak kan kite ni..Dah berapa kali ulang alik GM Klang tu. Beli untuk bisnes beli jugak untuk anak-anak. Topup balik baju. HEhe..
Baru perasan baju Adam banyak betul berunsurkan sport. Dah abahnya minat sukan dengan anak-anak sekali dia nak sukankan. Adik pulak lebih banyak legging ngan tshirt & blouse.
Sikit masa lagi rasanya kena beli almari lain untuk asing baju anak-anak. InsyaAllah.
Cuci mata jap tengok almari baju budak ni.






Ok kan..Adam dengan Upin Ipinya pastu Zara dengan princessnye..Jom berangan cepat.
Gambar ni dari Mudah.my.