Followers

Sunday, January 19, 2014

Kerja..

Bismillahirrahmanirrahim..

Umi nak cite skit pasal umi dolu2..Jom refresh balik buat tatapan anak-anak umi nanti.

Kerja umi adalah seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Sama macam abah. Umi dengan abah mula bekerja pada penghujung 2009. 23 November 2009. Pada masa tu, Umi ditugaskan ke PKD Kuala Kangsar dan abah pulak PKD Setiu. Masa tu umi dan abah sudah 'terikat'. Kiranya kerja dalam 6 bulan pastu terus kawen.
Kami punya love story tak lama. Sempat bercinta dalam lebih kurang 6 bulan dengan cinta jarak jauh. Gigih sangat kan. Haha..Dan akhirnya dijodohkan tanggal 6 Jun 2010. Masa ni umi & abah masih meneruskan PJJ ni lagi. Sampailah mengandungkan Adam umi masih rasa kuat nak tinggal sorang-sorang kat Kuale tu. Bajet nak jadi iron lady. Malangnya, sejak mengandungkan Adam dah beberapa kali umi terpaksa berulangalik ke spital. Umi duduk sorang saje dulu sebab senang kalau abah atau tok dan wan nak datang.
Lastly, umi ambil keputusan nak pindah ikut abah jugak bile satu hari dalam pukul 2 @ 3 pagi umi terpaksa ke spital sebab sesak nafas. Terpaksa pulak kacau kawan2 umi pagi2 tu nak bawa umi gi spital. Untuk tak nak susahkan org lagi umi pun ambik keputusan terus isi borang tukar.
Nak jadikan cite kejap je isi borang dalam sebulan dah dapat perkhabaran. Allah SWT mudahkan semuanya. Masa tu Adam dah 7 bulan. Kire lama jugaklah umi jadik iron lady tu kan.
Masuk bulan Jan 2011 umi pon bertukar la ke pejabat baru. Duduk berdua dengan abah kat teratak kita sekarang ni. Walaupun x besar mana tp syukurlah ada juga rumah kan. Oh ya..duduk kat Setiu pun umi asyik kena tahan kat wad tau. Banyak kali jugak la. cabaran anak sulung. Tapi yang umi sedar, sebab banyak cabaran yang umi kena hadap masa ngandungkan Adam jadikan umi kuat sikit. Tak la sikit2 nak nangis. Haha.
Masa 9 bulan kandungan, umi ngan abah hampir-hampir nak pindah rumah. Tak jauh pun dari rumah sekarang. Bajet rumah tu lebih seleaa. Tak tengok dulu terus pulun kemas rumah lama. Simpan barang dalam kotak. ANgkat tu angkat ni. Tup tup bila time nak basuh rumah...la..rumah tu lagi teruk dari rumah sekarang. Last2 dok jela kat umah ni. Ponat den..
So..tarikh 24 April 2011 Adam pun kuar..Entri lain pulak umi cite proses tu..Haha..
Ok.Ok.skenye refresh sejarah lama..
Hah..sambung nanti pulak..


No comments:

Post a Comment