Tuesday, October 7, 2014

Tenang sudah..

Assalamualaikum..

Siang tadi mood saya agak ke laut..macm yang saya luahkan tula..
Tapi..tapi..tapi..petang ni saya dah positif...
Maksud sy..sy dah ok..
Macam mana kali ni cepat sangat sy ok ni?
Tips..ha..
kalau kita ada masalah kita perlu cari tukang dengar..em..kalo bleh tukang dgr 2 boleh bagi respon la pada masalah kita..dengar saja x jalan jugak..tp ade masalah2 yang kita sekadar nak share..x perlu nak respon..
Hanya kite je tau kehendak kita ye..
Alhamdulillah..bila saya luah saya rasa lega dan tenang..
Saya belajar kenal diri saya..saya perlukan teman yang sudi mendengar dan bagi idea pada saya..
Tak perlu macam kaunselor cukup sekadar mencuit2 hati yang serabut sudah cukup..
So..saya nak mulakan semula apa yang dah terbengkalai..
So positive..
Ok.. nak balik Besut & gomo2 same 2 budak bucuk saya tu..
Tq to MRS.NS..

Monday, October 6, 2014

NO tittle..

Assalamualaikum.

Em..rindu menaip..
Sibuk? biasa2 je..tp nak membiasakan setiap hari menaip al payah wal susah..Alasan kan..
Oh..
Kepala serabut je sejak2 ni..Nak mengadu..nak meluah perasaan..so this is the time..
Hb main bola..patah tulang bahu..mc 2 weeks..boring..penat ulang alik..and of course sunyi..
Little Adam..chicken pox..kesian..
Bisnes..agak merudum..lepas raya no sale..duit nak pakai macam2..
KErja..banyak belit2..ada yang menyokong dan ada yang menjatuhkan..
But..Life must go on..(btol ke?)
Tiap hari berfikir..melihat..untuk cari satu penyelesaian..
Suke baca kisah sukses org..untuk naikkan semangat..
Sape ade masalah macam saya?
Need to think alot of things..
Walaucamnepon masalah mesti diselesaikan..
Want to be ironlady..isteri..ibu..anak..pekerja..bos(untuk dri sndri)..fren..GOOD..
oppsss...panjang mengadu..lega sikit..
Jom kita pikir same2 camne nak improve life..
k..bye..

Wednesday, April 16, 2014

Oh..Aku sudah terjebak..Atkins Diet..

Bismillahirrahmanirrahim..

Rindu menaip..banyak cerita yang nak dicoretkan dalam 'diari' ni tapi tiap kali nak menaip terus hilang semua cerita ceriti yang ada. Sebab saya bukan blogger tegar.
Hari ni cuma nak cerita tentang Diet Atkins..saya dah pernah cuba sebelum ni dalam 5 hari and hilang lebih kurang 2kg. Wow sangat..tapi sebab terpaksa attend kursus 3 hari then hilang semua diet.
Now continue balik tapi hari ni ke laut sekali lagi. macam biasa kes lapar and terpaksa ikut driver makan di kedai yang tak ada makanan yang sesuai untuk Atkin Diet.
Apa itu Atkin Diet?
Ada yang panggil diet biawak..Ada yang panggil diet telur..and macam2 nama lagi. Yang penting diet ni memang need protein and just need 20g of Carbo..So kena adjust menu setiap hari supaya cukup dan halal diet Atkin..
Memang pening kepala la nak pikir menu. Tapi ada rujukan Kelab Diet Atkin dan otai-otai yang dah berjaya dengan jayanya mendapat berat ideal mereka.
Perlu jugak workout tapi tak perlu heavy sangat. Nanti bila dah lost bnyak kg leh la lebihkan sikit bahagian senaman ni..
Susah jugak tapi lagi susah kalau saya bertambah gemuk..Sekarang pun bagai dipam2 badan ni..
So..Good Luck untuk Atkiners diluar dan diri sendiri gak..
Ok.. nanti sambung lagi..
Daaaa...

Sunday, March 23, 2014

Blouse

Bismillahirrahmanirrahim...

Berminat nak dapatkan blouse cotton?
Boleh tengok sini dan sekiranya berkenan boleh hubungi saya di 0134093111(Nadia)







Saiz yang ada S,M,L,XL
Harga RM35!!(pos RM6/pcs)

Sunday, March 16, 2014

Nothing..

Bimillahirrahmanirrahim..
Memang lama tak mengupdate sebarang entri..
Sibuk + x de mood dan sebagainya.
Manusia memang tak boleh lari dari masalah..dan macam mana kita sebagai manusia menghadapi masalah tersebut..
Adakah secara tenang atau main redah je..
Ok..full stop..
Malam ni baru sampai kat rumah..Balik ke Perak melawat ayah tersayang..
Tak berapa sihat tapi tak nak mengaku tak sihat..Nak orang tengok dia sebagai sihat sahaja..
Agaknya memang ini sikap orang yang sudah berumur..Mungkin..
Semoga ayah sembuh cepat..Lagipun dah tak lama ayah nak bersara..
Sape sayang ayah dia angkat tangan...SAYA!!!!
Selamat malam..

Tuesday, March 4, 2014

Rumah sewa VS Rumah sindrik

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabtu malam baru ni tuan rumah sewa ni ada kol hb..
Katanya nak jual rumah yang kami sedang sewa ni..
Bermula malam tu setiap hari adalah hari yang agak stress. Manakan tidak..kat Setiu ni memang susah sangat nak dapatkan rumah sewa.
Mula la telefon merata..Nak cari rumah..Mak oi..RM450 kat Setiu ni..mahal kot kan. Fikir punya fikir..
Kan lagi baik terus beli rumah dan tak perlu bazirkan duit bulan-bulan untuk bayar sewa.
Nak beli pun satu hal jugak..kena tengok tempat strategik dan yang pasti tak jauh dari tempat kerja.
Bukan apa..kalau jauh sangat nanti anak-anak pun berkemungkinan akan duduk jauh jugak.
Zaman sekarang ni mana boleh jauh-jauh sangat dengan anak. Kalau boleh kat celah ketiak nak kepit je. RISAU..
PAstu ada tanya kat satu kawasan yang bakal membina beberapa lot rumah. Memang rumah luas + murah jugak..
Tapi..bila fikir balik memang agak jauh dari pejabat. Bukan masalah nak ulang alik pejabat ke rumah tapi masalah anak..
Tak mau la kalau dapat rumah besar tapi anak-anak tak berapa terjaga.
Banyak faktor sebenarnya nak kena fikir:
1) Anak sekolah nanti..kalau nak sekolah jauh dari Umi dan Abah sape nak hantar dan ambik. Kalau ada kelas tambahan sape nak hantar dan ambil. NAik basikal?  No..NO..No..Zaman sekarang bukan macam zaman dulu..
2) Kalau bawa anak sekolah dekat2 dengan Umi Abah..Waktu tengah ari mana nak letak.Anak nak rehat kat mna.Kecik2 boleh la hantar pengasuh..Dah besar?
3) KEsimpulannya..cari dekat2 sini..tapi still x jumpa.

Tak pela..Doa bebanyak yup!

Wednesday, February 12, 2014

Little Adam..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni di awal pagi bermula dengan sakit perut..'ceri-beri'..Food Poisoning.Bermula malam tadi dengan sakit perut, ceri-beri, loya dan pening macam nak termuntah tu..
Pastu Adam pon dengan sukarela nak sapu minyak kat perut Umi. Umi dah lembik..Kejut jugak Umi suruh bangun makan ubat..Dah macam Umi selalu buat kat Adam pulak. Memang bdk2 ni cepat belajr dari apa yang diorang tengok.
Bangun esoknya..kejutlah Adam nak hantar kat pengasuh..Dengan mata masih tertutup die duduk dan tanya..Umi sakit perut lagi tak..Oh anak..Cam nak nangis je rasa.Dah tua aku ni rupeya..Anak leh tanya camtu dah kat umi die ni..So i muah..muah..n hug..hug la little Adam tu..

so..as mother..jom kita ajar yang baik-bik je pada anak kita..so that nanti dia akan buat yang baik2 je pada kita..InsyaAllah..(Yang dia tgk orang lain buat tu payah jugak nak halang..Doa bebanyak y baik2..)