Followers

Monday, January 27, 2014

Kepok Lekor..

Assalamualaikum..
wah..malam2 ni rajin pulak nak taip..
Mana taknye..umi ngah ngadap kopok lekor beli petang tadi masa pergi siasat kes..
Nak tidur baru teringat makanan..Apakah?
Umi bukan orang Terengganu tapi dah ditakdirkan menjadi sebahagian keluarga Terengganu..So kena survive la..(Survive bab makan..hehe..)
Kena la cari port makan yang best2..Actually kat Setiu tak banyak jugak tempat makan yang agak best untuk dicadangkan tapi tetap ada la yang meruntun jiwa ni..eh..nafsu ni untuk makan.
Straight to the point..just nak kongsi port kopok lekor yang best kat Setiu ni..
Kedai ni dekat Merang. Jalan pantai dari Besut nak ke Kuala Terengganu.
Ala..Nama kedai tak berapa nak ingat plak sebab selalu cuma sebut kedai kopok lekor Merang je.
Kopok dia memang sedap..Sos pon sedap..Pendek kate pakej sedap la..
Orang sini biasa makan yang rebus panas-panas tu. umi tak berapa nak lalu. sikit2 boleh try..
Tapi kalau goreng letaklah bape banyak pon insyaAllah selamat la dalam perut ni..
Nanti umi snap gambar dan sape2 yang datang Setiu nak try bolehlah.
Kalau dari Besut ni kedai dia belah kiri..tak jauh dah dengan Petronas Merang..Senang je cari sebab tiap kali lalu kete mesti bersusun..
So..jom makan sebelum tidur..(tak baik untuk kesihatan..malam ni je....)
:)

No comments:

Post a Comment